fbpx

Kerjasama Perak FC, Wolfsburg beri manfaat besar – Abdul Azim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL AZIM (dua dari kiri) dan Kruse (dua dari kanan) saling bertukar jersi Perak FC dan Wolfsburg selepas memeterai perjanjian kerjasama di pejabat Perak FC di Menara SSI, Ipoh semalam.

IPOH – Perak FC hampir pasti dicemburui apabila membuka satu lagi lembaran baharu dalam bola sepak Malaysia apabila mewujudkan perjanjian kerjasama dengan kelab Bundesliga, Wolfsburg FC.

Kerjasama selama setahun itu membabitkan aspek pembangunan pemain belia, pertukaram teknologi dan penjualan barangan cendrahati.

Perjanjian itu dimeterai antara Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dengan Naib Presiden Kanan Wolfsburg, Andreas Kruse di pejabat Perak FC di Menara SSI di sini semalam.

Abdul Azim berkata, kerjasama itu sebagai satu mercu tanda dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak di negeri ini.

“Semoga kerjasama ini akan membuka lembaran baharu dalam bola sepak di Perak terutamanya pasukan ,” katanya yang turut dihadiri Kruse.

Menurut Abdul Azim, kerjasama itu juga akan memberikan peluang kepada pasukan Perak FC untuk menjalani sesi latihan pramusim bersama kelab yang kini menghuni tangga ke-13 Bundesliga itu.

Malah, barisan kejurulatihan Wolfsburg juga akan dibawa ke Perak untuk menurunkan ilmu kepada para pemain berkaitan kaedah latihan bola sepak Eropah.

“Kami memilih untuk bekerjasama dengan Perak adalah kerana kelab ini bercita-cita tinggi dan mempunyai sejarah tersendiri seperti kami,” ujar Kruse.

Perkembangan terbaharu itu menjadi antara langkah penting sejak XOX Bhd. melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn. Bhd. mengambil alih kelab tersebut daripada sebuah pasukan yang hampir berkubur ekoran masalah kewangan.

Selain isu masalah tunggakan gaji yang sudah diselesaikan sebaik sahaja memiliki pasukan ini, pengurusan tertinggi Perak FC juga pantas membawa masuk pengendali baharu, Lim Teong Kim untuk menggalas tanggungjawab membimbing pasukan bagi menghadapi Liga Super 2023. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI