fbpx

DUN dan Parlimen mesti dibubarkan serentak di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Oh Tong Keong.

GEORGE TOWN – Parti Gerakan meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) secara serentak bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, pilihan raya yang diadakan secara berasingan akan membazirkan tenaga kerja, sumber material dan sumber sosial.

“Jika alasan tidak mengadakan pilihan raya negeri pada masa sama semata-mata untuk mengelak banjir dan tidak mengandungi agenda politik, maka orang ramai akan bertanya sama ada Pakatan Harapan (PH) tidak akan menyertai pilihan raya.

“Apa bezanya jika PH hanya menyertai pilihan raya Parlimen tetapi tidak menyertai pilihan raya negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga negeri di bawah PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan tidak akan membubarkan DUN jika PRU-15 diadakan.

Bagaimanapun, semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan bahawa DAP Pulau Pinang meminta supaya PH mengkaji semula keputusan sebelum ini untuk tidak membubarkan DUN secara serentak.

Dalam pada itu, Tong Keong berkata, adalah kuasa mutlak Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI