PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negara sehingga pukul 9 pagi ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta angin kencang di seluruh negeri Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Di Kedah membabitkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Baling, Pulau Pinang pula di Barat Daya dan Timur Laut manakala di Perak hanya meliputi Hulu Perak.
“Selain itu di Kelantan ribut kencang dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Kuala Nerus.
Sementara itu di Pahang katanya, cuaca buruk sama turut dijangka melanda Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin manakala di Sabah hanya daerah Tawau yang terlibat. – KOSMO! ONLINE