fbpx

Buletin Utama tertunda 25 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buletin Utama TV3 tertunda kira-kira 25 minit sebelum kembali bersiaran pada pukul 8.25 malam.

PETALING JAYA – Program berita pilihan ramai, Buletin Utama membuat kejutan apabila siaran yang sepatutnya ditayangkan tepat pukul 8 malam hari ini terpaksa ditangguhkan kira-kira 25 minit.

Difahamkan, siaran tersebut tertunda berpunca akibat masalah teknikal.

Tinjaun Kosmo! di media sosial mendapati, ramai pengguna berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Facebook dan Twitter.

Perkara itu menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang berseloroh bahawa berita saluran TV3 itu telah dibubarkan selaras dengan pembubaran Parlimen.

“Hari itu Parlimen bubar, takkan malam ini Buletin Utama pula, kesian rakyat kena layan siaran kartun anak-anak,” komen seorang pengguna menerusi siaran langsung di YouTube Buletin Utama TV3.

“Tak ada Buletin Utama malam ini?,” ciap Ainisya di Twitter.

“Eh, ada program lain ke malam ini di TV3, kali pertama kena ‘scam’ tengok berita,” kata Mohammad Kamaruddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI