fbpx

Banjir: 172 mangsa di Johor, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 172 mangsa banjir ditempatkan di enam di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, Sabah dan Sarawak setakat pagi ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, mengikut pecahan, seramai 17 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga ditempatkan di satu PPS di Johor.

“Selain itu, 33 mangsa banjir melibatkan 10 keluarga ditempatkan di dua PPS di Sarawak.

“Baki seterusnya seramai 122 mangsa banjir daripada 32 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Sabah,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Mangsa banjir tersebut melibatkan daerah Johor Bahru, Johor; Beaufort, Papar dan Penampang, Sabah serta Miri, Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI