fbpx

Wanita jalankan skim penipuan bersih dosa, paksa mangsa telan najis manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh sudah ditahan reman sejak Oktober 2020. - National Project

SINGAPURA – Seorang wanita warga Singapura berdepan 50 pertuduhan menipu selepas menyamar sebagai  jelmaan dewi agama Hindu bagi mengaut keuntungan, lapor akhbar South China Morning Post kelmarin.

Tertuduh, Woo May Hoe,52, direman kira-kira dua tahun sejak Oktober 2020 apabila dia pertama kali dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas 10 kesalahan.

Sebanyak 40 pertuduhan lain dihadapkan ke atas May Hoe minggu lalu.

Dakwaan baharu pada 6 Oktober  lalu itu menjadikan jumlah mangsa penipuan wanita terbabit  meningkat daripada lapan kepada sekurang-kurangnya 14 orang.

Dia dituduh menyasarkan mereka antara 2012 hingga Mei 2020 iaitu semasa kemuncak wabak Covid-19.

May Hoe didakwa mengaku dirinya sebagai jelmaan dewi Hindu dan memaksa lima mangsa yang datang kepadanya untuk menelan najis manusia sebagai hukuman ke atas dosa mereka.

Selain itu,  dia turut mengarahkan mangsa mencabut gigi sendiri dan memukul mereka dengan menggunakan batang mop sebagai sebahagian daripada ritual penyucian diri.

Selain penderaan fizikal, Woo dituduh menipu beberapa mangsa melibatkan wang berjuta-juta dolar.

Kesemua mangsa menyerahkan wang tunai masing-masing bermula daripada jumlah  SGD$3,000 (RM9,730) hingga SGD$100,000 (RM324,344) kepada May Hoe bagi membeli lembu sebagai bentuk derma untuk menebus dosa, memperbaiki keadaan kesihatan atau menghalang ibu bapa mereka daripada mengalami masalah kesihatan.

Pada 2012, seorang wanita pernah menyerahkan kepada Woo  wang tunai sebanyak  SGD$500,000 (RM1.6 juta) untuk tujuan sama.

Woo akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 17 November ini. Dia masih di tahan reman dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak  SGD$200,000 (RM648,697).

Jika disabit kesalahan menyebabkan kecederaan dengan memaksa seseorang menelan bahan berbahaya, Woo boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda bagi setiap kesalahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI