fbpx

Trend baharu senaman ‘buaya merangkak’ di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan panjang orang ramai memakai pakaian serupa serta sarung tangan industri sambil merangkak perlahan ketika melakukan senaman tersebut. – Oddity Central

BEIJING – Beribu-ribu penduduk China dilaporkan mengambil bahagian dalam aksi senaman terbaharu digelar ‘Buaya Merangkak’  yang  melibatkan teknik regangan untuk kelegaan belakang yang diinspirasikan daripada pergerakan reptilia tersebut, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Media  melaporkan  trend kesihatan terbaharu itu menyaksikan berpuluh-puluh orang merangkak  menggunakan keempat-empat tangan serta  kaki.

Beberapa video tular di bandar  seperti Xiangshan and Changsha menunjukkan barisan panjang orang ramai yang memakai pakaian serupa serta sarung tangan industri bergerak secara merangkak.

Pergerakan itu dikatakan dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan sakit belakang sekiranya diamalkan secara kerap.

Ketua kumpulan Buaya Merangkak di bandar Xiangshan, Li Wei berkata, dia sebelum ini mengalami masalah tulang belakang, namun selepas mempraktikkan senaman buaya merangkak selama lapan bulan, masalah itu telah hilang.

“Ia kelihatan sama seperti tekan tubi dan bergerak ke hadapan secara serentak. Ia akan mengurangkan tekanan pada cakera intervertebral dan membantu menambah baik kekuatan periferi,” kata pakar bedah ortopedik Hospital Ketiga Universiti Peking, Chen Xin.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa senaman itu tidak sesuai untuk pesakit diabetes, individu yang mempunyai tekanan darah tinggi atau sakit jantung.

Ini kerana gerakan tersebut meningkatkan tekanan darah dengan pantas serta meletakkan tekanan pada  jantung ketika bergerak. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI