fbpx

Suami isteri jadi sindiket edar ganja tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cheng San (tengah) menunjukkan ketulan ganja yang dirampas di IPD SPT, hari ini. - Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Polis menumpaskan sindiket pengedaran ganja dengan merampas 30 kilogram bahan terlarang itu bernilai RM75,000 selepas menahan sepasang suami isteri dalam serbuan di Bukit Mertajam, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, lelaki tempatan dan wanita warga asing yang masing-masing berusia 32 dan 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Malwira kira-kira pukul 11 malam.

“Tangkapan kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan 29 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 30 kilogram.

“Selain itu, kita turut menyita sebuah kereta jenis Hyundai Santa Fe, dua utas gelang tangan, seutas rantai leher dan sebentuk cincin menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM103,270,” katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, hasil risikan mendapati sindiket terbabit telah bergiat aktif sejak Mei tahun lepas.

“Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif, manakala salah seorang daripadanya memiliki satu rekod kesalahan lampau.

“Kedua-duanya direman selama seminggu bermula 5 Oktober sehingga hari ini bagi membantu siasatan,” ujarnya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1951. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI