fbpx

Seorang lagi suspek kes bunuh anggota Rela ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan anggota Rela di Kota Damansara pada Sabtu lepas telah diberkas anggota polis di sekitar kawasan Penchala, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 24 tahun yang juga seorang penganggur ditahan kira-kira pukul 10.30 malam.

“Lelaki ini juga adalah jiran kepada suspek yang ditahan sebelum ini dan menerusi siasatan dijalankan, motif pembunuhan adalah sama. Dia kini direman tujuh hari bermula hari ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ganja dan syabu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan salah seorang suspek kes bunuh anggota Rela yang berusia 45 tahun telah ditahan tiga hari lalu difahamkan berpunca apabila mangsa menegur suspek yang dipercayai  mabuk ketika di dalam sebuah lif. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI