PELAKON jelita Esha Gupta sememangnya cukup sinonim dengan penampilan seksi.
Dengan bentuk tubuhnya yang menawan, sesiapa sahaja yang memandang pelakon berusia 36 tahun itu pasti akan berasa terpukau.
Bagaimanapun ujar Esha, dia berasa tidak senang jika ada lelaki memandangnya hanya kerana tertarik dengan penampilannya yang seksi.
Bahkan pelakon filem Aashram itu berasa seolah-olah ‘diperkosa’ dek pandangan tajam lelaki yang merenungnya.
“Saya memang suka tampil dengan imej seksi. Tapi itu tidak bermakna saya suka diperhatikan lelaki. Saya berasa sangat takut seolah-olah telah diperkosa,” katanya.
Disebabkan itu, dia yang kini sudah tiga tahun bercinta dengan seorang ahli perniagaan bernama Manuel Campos Guallar berhasrat untuk mengubah penampilannya suatu hari nanti.