fbpx

PRU-15: Dr. Mahathir sah bertanding di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir.

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu memutuskan perkara itu pada sidang akhbar, hari ini.

“Kita juga membuat keputusan iaitu di Langkawi calonnya ialah Dr. Mahathir Mohamad.

“Tapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat saja,” katanya yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya, GTA memutuskan untuk tidak menamakan calon bakal Perdana Menteri ketika ini kerana ia hanya akan relevan jika gerakan itu menang pada PRU-15.

Pada Mac lalu, Dr. Mahathir memaklumkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-15 mengambil kira faktor usia dan kesihatannya yang belum pulih selepas menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Bagaimanapun, pada Jun lalu, beliau dilaporkan berkata bersedia untuk mempertahankan kerusi itu jika tiada calon sesuai dan tidak mahu bertanding di kawasan Parlimen berkenaan.

Pada PRU-14 lalu, Dr. Mahathir berjaya menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ir. Nawawi Ahmad serta calon Pas, Zubir Ahmad dengan majoriti 8,893 undi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa semalam selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU-15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI