fbpx

PRU-15: Amirudin menghadap Sultan Selangor soal pembubaran DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi membawa Menteri Besar Selangor tiba di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor untuk menghadap Sultan Selangor hari ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, dipercayai bagi menyembah maklum keputusan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor tiba dengan menaiki kenderaan rasmi pukul 10.05 pagi tadi.

Terdahulu, beberapa kenderaan lain turut dilihat memasuki pintu pagar istana berkenaan.

Pengamal media mula memenuhi perkarangan luar istana seawal pukul 9 pagi dan menunggu perkembangan lanjut hasil pertemuan tersebut.

Semalam, Amirudin menjelaskan Selangor kekal dengan pendirian tidak mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini dengan mengambil risiko kemungkinan banjir.

Pada 5 Oktober lalu, tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang itu di bawah PH tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan pemimpin fokus kepada kebajikan rakyat yang kini menghadapi banjir.

Kosmo! semalam melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor mengambil tindakan sewajarnya iaitu membubarkan DUN masing-masing pada tarikh sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI