fbpx

Perang dengan China bukan satu pilihan – Presiden Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera laut Taiwan melancarkan peluru berpandu dari sebuah frigat ketika latihan ketenteraan tahunan berhampiran pelabuhan tentera di daerah Yilan pada 26 Julai lalu. – AFP

TAIPEI – Presiden Tsai Ing-wen menegaskan bahawa perang dengan China ‘ternyata bukan satu pilihan’ ketika menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Beijing serta berikrar meningkatkan pertahanan Taiwan termasuk sistem peluru berpandunya, lapor laman berita Euronews kelmarin.

Taiwan yang dianggap  China sebagai wilayah miliknya, menerima tekanan ketenteraan dan politik daripada Beijing terutamanya selepas menerima kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi awal Ogos lalu.

Ing-wen ketika ucapan hari kebangsaan di luar pejabat Presiden berkata, Taiwan berasa kesal kerana China meningkatkan ancaman dan ugutan terhadap keamanan serta kestabilan di Selat Taiwan.

Menurut beliau, China tidak seharusnya menyangka bahawa terdapat ruang berkompromi melibatkan komitmen Taiwan dalam isu demokrasi dan kebebasan.

“Saya ingin menjelaskan kepada Beijing bahawa konfrontasi bersenjata ternyata bukan satu pilihan bagi kedua-dua pihak (China dan Taiwan).

“Hanya dengan menghormati komitmen penduduk Taiwan terhadap kedaulatan, demokrasi dan kebebasan kami, barulah kita boleh mewujudkan interaksi yang membina di Selat Taiwan,” kata Ing-wen.

Sementara itu, Ing-wen turut mengukuhkan pertahanan Taiwan sebagai asas pentadbirannya termasuk meningkatkan program modenisasi ketenteraan.

“Taiwan akan tunjukkan kepada dunia bahawa ia bertanggungjawab terhadap pertahanannya.

“Kami meningkatkan pengeluaran besar-besaran bagi peluru berpandu tepat dan kapal tentera laut berprestasi tinggi serta berusaha mendapatkan bekalan senjata kecil dan mudah alih bagi memastikan Taiwan bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas terhadap ancaman  luar,” tegas Ing-wen. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI