fbpx

Manchester United bangkit benam Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meraikan jaringan kedua United ketika menewaskan Everton 2-1 pada aksi EPL di Goodison Park awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag memuji barisan pemainnya apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi semalam.

The Toffees bermula baik apabila menjaringkan gol seawal minit kelima menerusi Alex Iwobi­ sebelum United bangkit de­ngan dua gol menerusi jaringan Antony dan Cristiano Ronaldo yang meledak gol ke-700 dalam karier kelab.

Ten Hag berkata, barisan pemainnya agak terkejut selepas Everton menjaringkan gol pendahuluan, namun mereka kekal tenang serta memperkemas permainan sebelum bangkit dengan dua gol.

“Kami ketinggalan terlalu awal pada perlawanan hari ini (semalam) tetapi saya gembira dengan reaksi yang ditunjukkan semua pemain apabila berjaya bangkit dengan dua gol bagi me­ngutip tiga mata.

“Matlamat kami adalah untuk kekal tenang walaupun berdepan situasi seperti hari ini (semalam). Kami bermain baik pada separuh masa pertama sehingga sukar untuk Everton masuk ke kubu pertahanan,” katanya.

Pada masa sama, bekas pe­ngendali Ajax itu menjelaskan, beliau terpaksa mengeluarkan penyerang, Anthony Martial seawal minit ke-30 selepas pemain Perancis itu alami kecederaan.

“Saya terpaksa mengeluarkan Martial pada separuh masa pertama kerana dia rasa tidak selesa pada bahagian belakang, bukannya disebabkan prestasi. Dia adalah pemain yang penting kepada United,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI