fbpx

Liverpool kibar ‘bendera putih’ buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP menegaskan Liverpool tidak boleh dianggap sebagai pasukan pencabar kejuaraan ketika ini berdasarkan jurang mata yang begitu besar. – AFP

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akhirnya me­ngibarkan ‘bendera putih’ dalam usaha mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas merekodkan kekalahan 2-3 kepada Arsenal di Stadium Emirates kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Reds yang mendapatkan gol menerusi Darwin Nunez dan Roberto Firmino terpaksa akur dengan kekuatan pasukan tuan rumah yang meraih gol menerusi Gabriel Martinelli dan dua jaringan Bukayo Saka.

Situasi tersebut menyaksikan Liverpool kini ketinggalan 14 mata berbanding The Gunners yang gah mendahului liga selepas pasukan mengharungi lapan perlawanan.

Kata Klopp, penurunan prestasi anak-anak buahnya ketika ini cukup merisaukan dan sekarang bukanlah masa untuk memikirkan tentang perebutan gelaran liga sebaliknya fokus memperbaiki prestasi semasa.

“Secara jujur, pasukan kami tidak boleh dilabel pencabar liga kerana jurang mata yang ketara ketika ini. Namun, saya masih positif kerana barisan pemain berjaya memberi kesukaran terhadap Arsenal yang memiliki momentum luar biasa selaku pendahulu musim ini.

“Saya harap pasukan dapat melupakan segera keputusan ini dan bangkit pada perlawanan seterusnya kerana kita akan bertemu Rangers untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian Manchester City yang kita tahu memiliki kekuatan tersendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Klopp mengakui nasib pasukan bertambah malang apabila dua tonggak utama, Luis Diaz dan Trent Alexander-Arnold terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan.

“Diaz telah dikeluarkan awal kerana disyaki mengalami kecederaan lutut yang agak serius. Arnold pula terseliuh dibahagian kaki dan mungkin akan diketepikan untuk beberapa perlawanan nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI