fbpx

Liga Super: NSFC kutip tiga mata lawan Melaka United FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN import NSFC, Matheus Alves Leandro, diasak pemain Melaka United FC, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, ketika beraksi pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.-KOSMO/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Cubaan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) dengan meletakkan kesebelasan yang sama ketika perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (KDAFC) menjadi apabila mereka mudah menewaskan Melaka United FC 2-0.

Gol pertama NSFC hasil sepakan penjuru yang diambil Che Rashid Che Halim kemudian ditanduk ke gawang gol Melaka oleh Nasrullah Haniff Johan pada minit ke-34.

NSFC memperoleh gol kedua melalui hantaran Mohamad Izzuddin Mohd Roslan dan dijaringkan oleh Gustavo Almeida Dos Santos pada minit ke-86.

Pasukan Melaka turut menunjukkan aksi melawan yang menyebabkan NSFC tidak dapat bermain dengan mudah. Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa dua minit.

Seramai 5,016 penonton hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pasukan NSFC kini mengumpul 41 mata dalam carta Liga Super.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI