fbpx

Lelaki rentung dalam insiden kebakaran kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Perodua Kancil yang terbakar di Bandar Kinrara, Puchong semalam.

SERDANG – Seorang lelaki warga tempatan maut akibat rentung dalam kebakaran melibatkan kereta Perodua Kancil berdekatan sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian tersebut sekitar pukul 11.35 malam dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong tiba di lokasi pukul 11.44 malam.

Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta di Puchong semalam.

“Setibanya di lokasi, mangsa yang berada di bahagian kerusi pemandu tidak dapat diselamatkan disebabkan fizikal badan mangsa terbakar sepenuhnya.

“Identiti mangsa yang bersendirian dalam kereta yang terbakar sepenuhnya itu masih belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam, kerja-kerja pemadaman telah dilakukan oleh anggota bomba sehingga keadaan terkawal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI