fbpx

Lakonan sekadar hobi? Zara Zya kata mungkin, jika…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA ZYA

PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya tidak merancang untuk memperlahankan karier lakonan walaupun kini aktif menjalankan perniagaan.

Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin berkata, penglibatannya dalam dunia perniagaan adalah sebagai perancangan terbaik untuk menjamin masa depan dan tidak mengharapkan pendapatan dalam bidang lakonan semata-mata.

“Saya tidak terfikir pun lagi untuk memperlahankan kerjaya seni. Tapi tak mustahil apabila usia semakin meningkat, mungkin saya akan jadikan bidang lakonan sebagai hobi demi mengubat kerinduan peminat.

“Rasanya sekarang pun saya sudah punya jenama yang cukup baik sebagai seorang Zara Zya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah untuk menjaga nama baik supaya terus kekal relevan,” katanya kepada Kosmo!.

Ujar wanita berusia 37 tahun itu lagi, dia sedar perjalanan seseorang pelakon dalam dunia seni sangat singkat dan memerlukan perancangan terbaik untuk meneruskan kehidupan di kemudian hari.

“Bagi saya sampai bila hendak berlakon? Perjalanan dalam industeri seni di Malaysia sangat singkat. Disebabkan itu saya perlu ada perniagaan sendiri,” katanya.

Zara sewaktu ditemui ketika majlis pelancaran produk minuman kesihatan, Pasima di Kuala Lumpur turut berkongsi pengalamannya menjalankan perniagaan apabila tidak terlepas daripada melalui fasa kejatuhan dan kerugian dalam bisnes.

Biarpun pernah ‘jatuh’ dan menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit, dugaan yang dilaluinya itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan usaha bergelar usahawan dan tampil dengan produk baharu.

“Kegagalan masa lalu membuatkan saya lebih bersemangat untuk bangkit kerana percaya tidak selamanya nama akan bertahan dalam dunia seni.

“Saya sudah melalui untung rugi dan pernah ditipu. Namun semua ujian itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus berniaga. Tipu kalau saya tidak ada rasa putus asa, tapi saya perlu bangkit untuk melakukan sesuatu,” katanya.

Bercakap tentang perniagaan minuman kesihatan yang dikeluarkan, Zara memberitahu produk tersebut merupakan kerjasama antara dia dengan syarikat Gold Sand Empire Sdn. Bhd, bertujuan untuk membantu wanita mendapatkan tenaga selain menjaga kesihatan dalaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI