KEMUNCULAN semula kumpulan Stray Kids dengan album baharu, MAXIDENT semestinya mengujakan ramai peminat mereka.
Cuma, ada yang kurang disenangi peminat apabila salah sebuah lagu dalam album berkenaan, CASE 143 dikatakan sangat ‘bahaya’ untuk kumpulan itu.
Dakwa peminat, koreografi lagu berkenaan akan mengancam keselamatan Stray Kids kerana kebanyakan ahlinya baru sahaja mengalami kecederaan.
Contohnya seperti Hyunjin yang baru sahaja sembuh dari kecederaan tangannya akibat terkepit pintu dan Felix pula berdepan masalah tulang belakang.
Persembahan kumpulan itu dalam program Music Core baru-baru ini mengundang perhatian peminat apabila melihat Hyunjin kelihatan menahan sakit ketika menari.
Justeru, peminat menuntut agar JYP Entertainment mengambil serius tentang keselamatan dan kesihatan penyanyi itu.
“Bagi dia ruang untuk sembuh atau jika tidak, selamanya kecederaan tangan Hyunjin akan ada,” kata peminat.