fbpx

Everton gagal beraksi dengan standard sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUBAAN barisan pemain Everton untuk memburu gol pada minit-minit akhir ketika ditewaskan United 2-1 pada aksi EPL di Stadium Goodison Park awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Frank Lampard menganggap barisan pemainnya gagal bermain pada standard sebenar selepas tewas 1-2 kepada Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park awal pagi semalam.

Turun dengan rekod enam perlawanan tanpa kalah musim ini, Everton dianggap memiliki benteng pertahanan terbaik, namun masih belum mampu untuk menghalang United daripada menjaringkan gol.

The Toffees dilihat mampu mengutip tiga mata apabila menjaringkan gol pendahuluan menerusi Alex Iwobi seawal minit kelima tetapi United bangkit ha­sil jaringan Antony dan Cristiano Ronaldo.

“Kami sepatutnya bermain lebih baik pada separuh masa pertama kerana itu adalah peluang terbaik kami untuk kutip tiga mata. Saya fikir kami tidak tunjukkan standard sebenar hari ini (semalam).

“Apabila anda buat kesilapan menentang pasukan seperti United, mereka tidak menunggu lama untuk menghukum anda. Kami tampilkan semangat yang cukup baik tetapi masih belum mampu berdepan pasukan se­perti United,” kata Lampard.

Bagaimanapun, beliau percaya barisan pemainnya akan menjadikan kekalahan itu sebagai pengajaran berguna bagi melakar kebangkitan pada perlawanan akan datang, sekali gus memperbaiki kedudukan dalam liga.

“Saya fikir kami perlu lebih banyak memegang bola selain melakukan hantaran-hantaran yang mampu menembusi benteng pertahanan lawan. Aksi se­perti ini sebenarnya memang dijangka berdasarkan jadual padat yang dihadapi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN