fbpx

Elly Mazlein ‘tutup telinga’ kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN

SHAH ALAM – Biarpun tampil dengan imej sopan pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Ahad lalu, Elly Mazlein tetap menjadi bualan dan kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan gaya persembahannya.

Menyedari hal berkenaan, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom mengambil pendekatan ‘tutup telinga’ dan fokus pada tanggungjawab kerana sedar dirinya tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Elly mengacarakan minggu keempat GV9 bersama Sherry Alhadad.

“Sempena Maulidur Rasul, kenalah berimej sopan. Tapi itu pun ada terlepas dan gedik-gedik. Saya hormati pendapat dan kata-kata orang di luar sana, namun saya terpaksa ambil langkah untuk tutup telinga demi kebaikan diri dan kerjaya,” katanya.

Pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, bukan mudah mahu menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dan dia tidak perlu membalas sebarang komen negatif yang dilemparkan.

“Kadangkala ada pendapat keterlaluan sehingga menimbulkan fitnah dan buat orang berteka-teki. Bukankah lebih baik kita semua bersatu?

Rasanya saya sendiri sudah tua untuk bersikap kebudak-budakkan seperti itu.

“Saya masih ‘hijau’ dalam bidang ini dan berikanlah kasih sayang. Saya tak kecewa dengan kata-kata orang, tujuan saya diambil adalah untuk menghiburkan penonton,” katanya.

Terdahulu, kelincahan dan ‘kegedikan’ Elly, 42, sebagai pengacara baharu GV9 bersama pengacara Nabil Ahmad mencuri perhatian dan mendapat pujian ramai sehingga ‘tren­ding’ bermula konsert pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI