fbpx

Dedah gambar Bilal, tak hormat kami – Neelofa tersinggung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA berasa sangat terkilan dan tersinggung dengan perbuatan wanita yang menyebarkan wajah BilaL dalam media sosial.

KUALA LUMPUR – Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan individu yang menceroboh privasi keluarga dengan menyebarkan wajah anaknya, Muhammad Bilal dalam laman sosial tanpa izinya.

Katanya, perbuatan tersebut sudah pasti menyinggung perasaan apabila keputusan memperkenalkan putera mereka hanya pada waktu bersesuaian tidak dihormati sesetengah individu.

“Kalau boleh saya memang tak ingin lagi mengulas perkara sama. Sudah banyak yang saya kongsikan mengenai Bilal. Rasanya cukuplah apa yang sudah berlaku.

“Apa pun, sebagai ibu semestinya perbuatan menyebarkan gambar itu menyinggung perasaan. Kalau terserempak atau terjumpa Bilal di luar, saya tak halang dan takkan sorokkan mukanya.

“Namun apabila ada pihak yang memuat naik dan sebar pula dalam media sosial, itu macam tidak menghormati kami sebagai ibu dan ayah Bilal. Melangkaui kami pula.

“Saya rasa terkilan, seharusnya mereka berikan saya kesempatan sebagai seorang ibu yang melahirkan untuk berkongsi sendiri wajah anak saya,” katanya.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program bual bicara Next To Neelofa musim dua yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Neelofa turut menyatakan dia dan suami, PU Riz sebenarnya sudah mempunyai perancangan untuk memperkenalkan si kecil.

“Memang akan sampai waktu itu dan saya dengan suami sudah merancang masa yang sesuai untuk berbuat sedemikian.

“Kenapa ada yang tetap hendak menjadi orang pertama?

“Saya juga akan bercuti dan melancong dalam tempoh terdekat. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan kongsikan kepada semua,” katanya.

Terdahulu, wajah bayi yang didakwa sebagai Bilal tersebar apabila seorang pengguna aplikasi TikTok memuat naik video.

Video yang dirakam secara curi-curi itu dipercayai diambil ketika pasangan popular berkenaan berada di sebuah klinik, baru-baru ini.

Menurut individu tersebut, dia terjumpa keluarga kecil itu di sebuah kaunter premise kerajaan dan bayi itu pula sedang didukung Neelofa di sisi suaminya.

“Bilal comel, nampak dalam gambar pun dah gebu. Dah macam muka Afwa anak TokTi (Datuk Seri Siti Nurhaliza) pun ada, tapi iras-iras sepupu dia, Jebat Jayden,” kata individu berkenaan.

Sementara itu, Next To Neelofa 2 bakal bersiaran menerusi saluran Astro Ria pada 22 Oktober ini, pukul 10 malam.

Antara artis jemputan adalah Ziana Zain, Diana Amir, Datin Lisa Surihani, Tya Ariffin dan Datin Kartini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI