PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang berpontensi melanda hampir seluruh negara sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan jangkaan cuaca buruk serta angin kencang itu turut dijangka berlaku di semua negeri Pantai Timur.
“Di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu hanya di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Bagi Pahang, cuaca sama dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya.
Sementara itu di Kedah, kawasan terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Selangor hujan lebat dijangka berlaku di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat manakala Negeri Sembilan hanya di Jelebu, Jempol dan Tampin.
“Di Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Melaka melibatkan seluruh kawasan selain di Johor, kawasan terkesan adalah Tangkak, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.
Hujan lebat, ribut petir juga dilaporkan turut melanda sekitar Sarawak antaranya Sibu (Selangau), Bintulu, Miri dan Limbang.
“Di Sabah kawasan terbabit merangkumi Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid). – KOSMO! ONLINE