fbpx

Cuaca baik seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak diramal dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada 9 pagi ini.

Namun MetMalaysia sebelumnya, telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa daerah di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula esok.

“Amaran itu dikeluarkan susulan hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga Jumaat ini.

“Keadaan hujan berterusan dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan, manakala di negeri Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.

“Cuaca buruk sama turut dijangka melanda Sarawak iaitu di Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI