fbpx

Ban pecah, pekan Tanjong Karang dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari atas kawasan Tanjong Karang yang dinaiki air ekoran ban pecah, hari ini. - IHSAN BOMBA SELANGOR

KUALA SELANGOR – Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh di sini, dinaiki air susulan ban pecah di sekitar kawasan itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 pagi tadi mengakibatkan berlaku limpahan air ke jalan antara 0.3 hingga 0.9 meter.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati terdapat ban pecah susulan kerja menaik taraf benteng.

Penduduk melalui kawasan di Tanjong Karang yang dinaiki air ekoran ban pecah, hari ini.

“Keadaan itu menyebabkan air melimpah di sekitar pekan Tanjong Karang dan beberapa kawasan berdekatan.

“Namun, keadaan terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

Terdahulu, tular video dan gambar memaparkan situasi limpahan air di dua lokasi sekitar Tanjong Karang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI