fbpx

Bahaya aplikasi cari ‘sugar daddy’ jadi kegilaan di internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Platform ini menawarkan senarai calon yang bersesuaian dengan kriteria tertentu yang menjadi idaman pengguna. - Seeking

LONDON – Satu aplikasi janji temu eksklusif  menjadi kegilaan ramai sejak kebelakangan ini kerana menjadi platform  kepada wanita muda untuk mencari teman lelaki kaya atau ‘sugar daddy’, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Perkhidmatan janji temu online,  Seeking itu menjadi tempat untuk individu yang berjaya dan mempunyai personaliti menarik mencari pasangan yang memenuhi piawaian dan jangkaan mereka.

Menggunakan slogan bermaksud ‘Mulakan langkah janji temu di sini’, Seeking direka untuk membantu pengguna mencari dan menyatukan pasangan berdasarkan kriteria yang diingini.

“Hidup terlalu singkat untuk berpuas hati dengan hubungan yang tidak memenuhi piawaian dan jangkaan anda.

“Kami akan membantu ahli mencari hubungan yang sejajar dengan matlamat dan impian peribadi mereka,” tulis laman web itu.

Pengguna  Seeking digalakkan untuk berterus-terang dan menentukan perkara yang mereka mahu daripada calon pasangan,  malah terdapat pilihan untuk anda meletakkan pendapatan dan nilai bersih harta masing-masing.

“Hubungan yang jujur ​​membolehkan anda memberi tumpuan kepada perkara yang penting tanpa sebarang motif terselindung,” jelas aplikasi itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI