fbpx

Zakirah dikecam hanya kerana cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKIRAH impikan pasangan hidup yang matang dan tidak suka membuang masa.

Memiliki seraut wajah ayu dan fotogenik bagai bonus buat gadis Pesona Ahad, Zakirah Zainal Adnan, 22, namun dalam menelusuri kehidupan Zakirah tidak terlepas menjadi mangsa kecaman individu tidak bertanggungjawab.

Semuanya bermula apabila gambarnya bersolek dan bergaya bersama rakan-rakan yang dimuat naik di Instagram disalah guna dengan kapsyen mengundang kebencian menyebabkan dia dikritik hebat.

Bagaimanapun, insiden ‘hitam’ itu tidak mematahkan semangat gadis ayu ini meneruskan minat dalam bidang kecantikan dan kosmetik dengan melanjutkan pelajaran program Diploma Pembangunan dan Formula Kosmetik di Universiti Cyberjaya.

Kepada Kosmo! Ahad, anak bongsu daripada empat beradik berkongsi kisah kehidupannya.

KOSMO! AHAD: Ceritakan serba sedikit tentang Zakirah.
ZAKIRAH: Saya berasal dari Kuala Lumpur dan sangat meminati bidang penggayaan tudung, kecantikan serta suntingan vi­deo. Hingga kini saya sudah hasilkan lebih 1,000 video sejak 2011.

Apa yang orang tidak tahu tentang Zakirah?
Seorang pemalu dan pendiam tetapi karektor itu bertukar serta-merta apabila saya berhadapan dengan kamera. Selain itu, saya tidak ramai kawan sebab selalu habiskan masa dengan keluarga.

ZAKIRAH

Pernah dikecam kerana terlalu cantik?
Ya, pernah satu ketika dahulu apabila gambar saya bersama kawan-kawan telah dikongsi tanpa izin menggunakan kap­syen tidak sepatutnya. Akibatnya, ia me­ngundang kecaman ramai dan insiden itu menjadi pengalaman paling pahit buat saya.

Bagaimana situasi Zakirah selepas insiden itu?
Dalam seminggu ibu bapa tidak izinkan saya tengok media sosial tetapi bila buka Instagram saya terkejut kerana jumlah pengikut bertambah dari 10,000 menjadi 60,000. Selepas itu, saya sudah tidak kisah cakap orang tentang saya.

Di sekolah pun kawan-kawan dan cikgu-cikgu bagi sokongan, malah ramai pula yang nak jadi kawan. Walaupun teruk dikecam, tapi saya dapat banyak kesan positif sehingga dikenali dan berjaya jana pendapatan dan miliki perniagaan sendiri.

Ketakutan Zakirah?
Kehilangan ibu bapa sebab mereka sumber kekuatan saya. Saya juga takut gagal dalam bisnes yang telah dibina sejak 2017, ketika rakan sebaya lain sedang seronok menikmati alam remaja mereka.

Apa aktiviti yang Zakirah gemari?
Saya sangat suka ‘workout’ dan berbasikal. Aktiviti ini berjaya redakan stres dan menenangkan fikiran.

Gadis berasal Kuala Lumpur ini merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Rutin harian Zakirah?
Setiap hari saya bangun seawal pukul 6 pagi untuk uruskan ayah yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang strok, hantar ibu ke stesen MRT untuk pergi kerja kemudian ke kelas. Waktu rehat di universiti dan hujung minggu pula saya rakam video untuk konten dan reviu produk.

Anda lima tahun lagi?
Menjadi usahawan yang berjaya. Mungkin sudah jumpa jodoh dan berkahwin. Impian saya mahu belikan ibu bapa kereta ­idaman mereka dan bawa ­keluarga melancong dan menunaikan ibadah haji.

Pasangan hidup impian?
Saya impikan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya dan pendidikan tinggi, matang, pe­nyabar, penyayang dan sentiasa hormat orang lain.

ZAKIRAH mahu membina nama dalam bidang kecantikan dan membawa kedua ibu bapa menunaikan haji.

Definisi lelaki sejati bagi Zakirah?
Lelaki sejati adalah lelaki yang berpegang teguh kepada agama, berbakti kepada ibu bapa, sentiasa menghormati orang lain, tidak membuang masa dan pandai mengatur kehidupan.

Definisi cantik bagi anda?
Bagi saya cantik tu datang dengan sendirinya apabila seseorang menjaga penampilannya, baik luar mahupun dalaman. Seseorang yang percaya dan yakin dengan diri sendiri, itulah kecantikan sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI