fbpx

Wanita meninggal dunia di tepi kubur adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaidzra meninggal dunia ketika menziarahi kubur adiknya.

ALOR GAJAH – Seorang wanita menemui ajal ketika menziarahi kubur adiknya di tanah perkuburan Tanah Wakaf Lubok China di sini, hari ini.

Suhaidzra Abd. Zahar, 36, yang masih bujang dilihat rebah di sisi kubur adiknya oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan (KK) Lubok China.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, wanita itu dikatakan datang menziarahi kubur adiknya kira-kira pukul 10.45 pagi.

“Semasa berada di kubur arwah adiknya, saksi nampak wanita itu tiba-tiba rebah.

“Orang ramai kemudian membawanya ke KK Lubok China, namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, Suhaidzra yang bekerja sebagai kerani dan menetap di Negeri Sembilan kerap pulang ke kampungnya di Lubok China bagi menziarahi kubur adiknya.

“Pegawai perubatan mengesahkan wanita itu meninggal dunia akibat masalah komplikasi jantung.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI