fbpx

Wanita alami tekanan cuba terjun Jambatan Salor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memujuk seorang wanita yang cuba terjun dari Jambatan Salor, Pasir Mas semalam. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama 10 minit untuk memujuk seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan sehingga cuba terjun dari Jambatan Salor di sini semalam.

Wanita yang berusia 32 tahun itu disyaki bertindak memanjat besi jambatan kira-kira pukul 9.50 malam sebelum disedari orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemaaan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.52 malam terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi itu, kelihatan seorang wanita cuba memanjat besi di jambatan tersebut.

“Anggota bomba mengambil masa selama 10 minit untuk memujuk wanita itu sebelum mangsa membatalkan niatnya untuk berbuat demikian. Mangsa kemudiannya diserahkan terus kepada suaminya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Muhammad Rizwan Ar-Rafee, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terlampau tertekan sehingga cuba bertindak terjun dari jambatan itu.

Katanya sehubungan itu, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang bertindak cepat menghubungi pasukan bomba apabila mengetahui sebarang maklumat cubaan bunuh diri.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI