fbpx

Tiga penduduk terkandas banjir kilat di Baling diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memindahkan salah seorang mangsa banjir di Kampung Charuk Sikin, Baling pada pagi tadi.

BALING – Tiga penduduk yang terkandas di dalam rumah akibat banjir kilat di Kampung Charuk Sikin di sini berjaya diselamatkan anggota bomba pada pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.26 pagi tadi.

Katanya, mangsa yang dilaporkan terkandas di dalam rumah akibat banjir kilat membabitkan dua wanita berusia 56 dan 80 tahun serta seorang lelaki berusia 80 tahun.

“Ketiga-tiga mangsa berjayad diselamatkan dan dipindahkan ke rumah saudara dan pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemantauan mendapati keadaan cuaca di lokasi banjir kilat tidak hujan dan mendung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI