fbpx

Syor pasukan petugas kaji isu Batu Puteh dimuktamadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Batu Puteh

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet telah pun memuktamadkan pelbagai syor disarankan Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan yang dibentangkan kelmarin.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ia meliputi isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

“Pasukan ini telah mengemukakan beberapa syor untuk pertimbangan kerajaan bagi tujuan tindakan susulan yang wajar diambil,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Laporan itu ujarnya disediakan dalam tempoh sembilan bulan bermula 9 November 2021 sehingga 30 Ogos lalu yang melibatkan pelbagai pendekatan seperti semakan dokumentasi.

Mereka turut meneliti material berkaitan, mengadakan siri perbincangan dan mesyuarat serta lawatan kerja di dalam dan luar negara selain khidmat konsultasi bersama pakar tertentu.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, syor-syor yang dikemukakan itu juga merangkumi aspek perundangan, ‘tort-of-misfeasance’ serta hubungan antara Malaysia dengan Singapura.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI