fbpx

Premis judi berselindung di sebalik restoran diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam serbuan berkenaan.

KUALA LUMPUR – Taktik satu premis perjudian berselindung di sebalik sebuah restoran makanan di Taman Sri Sinar, Segambut di sini gagal apabila diserbu pihak polis petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, premis tersebut dipercayai telah beroperasi sejak dua minggu yang lalu.

“Ketika serbuan itu, seramai lima orang pelanggan dilihat sedang leka bermain judi di atas talian dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing di sebuah bilik dalam restoran tersebut.

“Polis kemudian telah menahan seramai tujuh individu berusia di antara 40 hingga 75 tahun terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, seorang wanita warga asing yang merupakan penjaga premis serta lima orang pelanggan lelaki warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan dari tangkapan yang dilakukan itu katanya, pihak polis telah berjaya merampas wang tunai berjumlah RM720, tujuh unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit modem, satu unit wifi router, tiga buah meja panjang dan tujuh buah kerusi plastik.

“Kesemua suspek kini telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen, Seksyen 6 (1)(c) Imigresen 1959/63, Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI