fbpx

Lelaki maut rempuh belakang lori selenggara jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang, Kuching tengah malam tadi.

KUCHING – Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah lori pekerja yang sedang melakukan penyelenggaraan jalan di Jalan Lapangan Terbang, di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.34 tengah malam.

“Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya kemudian dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan mendapati seorang lelaki tersepit di tempat duduk bahagian pemandu sebuah kenderaan Toyota Hilux sebelum anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa, Yeo Nei Hing, 48, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI