fbpx

Leftenan Muda Rahmat pernah ditegah jadi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmat menerima tauliah daripada Tengku Hassanal ketika Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM Tahun 2022 di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pengorbanan memujuk ibu bapa dan ­meninggalkan Sabah berbaloi apabila dianugerahkan Pegawai Kadet Graduan Terbaik dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini semalam.

Kata Leftenan Muda Rahmat Jumah, 28, yang menerima anugerah Pegawai Kadet Gra­duan Terbaik Tentera Laut Diraja Malaysia, anugerah itu sebagai satu cara membalas jasa baik ibu bapa yang membenarkannya menyertai tentera sebelum ini.

Menurutnya, keluarga yang tinggal di Beluran, Sabah tidak sanggup melihat dia berjauhan dan pernah melarangnya untuk masuk askar pada mulanya.

“Dapat sahaja panggilan buat kali kedua, saya pujuk orang tua sehabis baik, mereka kecil hati dan risau sampai sekarang, namun sebab minat saya yang mendalam, saya ambil itu sebagai cabaran terbesar untuk saya harungi.

“Memecahkan tradisi keluarga apabila menjadi satu-satunya kadet yang berasal dari Sabah juga adalah cabaran yang memerlukan kesabaran yang tinggi ketika berada di Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI I),” ujarnya di Kem Sungai Besi semalam.

Dalam pada itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM Tahun 2022 di sini semalam.

Mengulas lanjut, kriteria pemilihan anugerah Pegawai Kadet Graduan Terbaik pada tahun ini adalah perlu memenuhi empat kriteria yang ditetapkan iaitu antaranya memiliki CGPA 3.0 ke atas.

Sementera itu, bagi penerima anugerah Pegawai Kadet Gra­duan Terbaik Akademi Tentera Darat, Leftenan Muda Ahmad Khusyairi Abdul Razak, 23, dia mahu menyumbangkan kemahirannya ke peringkat seterusnya.

Bagi Khusyairi yang pernah mewakili Malaysia dan Perak dalam sukan menembak berkata, sukan itu dengannya tidak dapat dipisahkan lalu memilih menyertai Akademi Tentera Darat.

“Memenangi anugerah ini bagi saya adalah bonus daripada apa yang diinginkan, fokus saya adalah memberi sumbangan kemahiran saya kepada negara seba­nyak yang boleh.

Semalam seramai 643 pegawai kadet selamat ditauliahkan dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM 2022 sekaligus menjadikan mereka pegawai paling muda yang akan bertugas di dalam ATM.

Barisan kadet daripada Akademi Latihan Ketenteraan terdiri daripada Kadet Tentera Udara seramai 66 orang, diikuti Kadet Tentera Laut 52 orang dan Kadet Tentera Darat seramai 192 orang, menjadikannya 310 orang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI