fbpx

Laoshi diangkat Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul SAW kepada Chee Hoi Lan (tiga kiri) yang dinobatkan sebagai Ikon Ibu Sejati (Keluarga Malaysia) pada sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.-GAMBAR FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pesara guru tadika, Chee Hoi Lan, 83, yang mesra dipanggil Laoshi diangkat sebagai penerima Anugerah Ibu Sejati-Keluarga Malaysia sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Laoshi dipilih disebabkan pengorbanannya menjaga anak angkat, Rohana Abdullah, 22, sejak berusia dua bulan selain memastikan gadis itu membesarkan sebagai wanita Islam.

Lebih membanggakan, warga emas itu sanggup mengeluarkan wang simpanannya demi memastikan anak angkatnya dapat belajar serta mendalami Islam dengan sempurna.

Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang buat Laoshi menumpahkan kasih sayangnya kepada Rohana yang dianggap seperti anak sendiri.

Selain Laoshi, tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana manakala Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Prof Datuk Dr. Azizan Baharudin menerima anugerah Ikon Sains dan Peradaban.

Turut menerima anugerah adalah Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman bagi kategori Ikon Media Islam, Pengasas Kumpulan Zikay, Datuk Mohd. Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam), pakar kaunseling, Hushim Salleh (Ikon Kaunselor dan Motivasi) dan aktivis terkenal, Syazrina Azman atau Mizz Nina (Ikon Aktivis Kemanusiaan). – KSOMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI