fbpx

EPL: Mikel Arteta mahu pemain Arsenal atasi ketakutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (kanan) berharap para pemainnya turun tanpa rasa takut untuk memenangi aksi menentang Liverpool malam ini. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi amaran kepada para penyerangnya untuk turun memberikan aksi pa­ling baik sambil menyifatkan bahawa Liverpool adalah musuh utama mereka untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Malam ini bakal menyaksikan Arsenal melayan kunjungan Li­verpool di Emirates dan kemenangan mampu membantu pasukan itu menjarakkan kedudukan kepada 14 mata selepas me­ngumpul 21 mata ketika ini dan Liverpool hanya memperoleh 10 mata hasil tujuh aksi.

Kemenangan kali ini juga cukup penting buat Arsenal selain untuk memperbaiki rekod pertemuan apabila hanya meraih dua kemenangan dalam 20 pertemuan tanpa mengambil kira aksi penentuan penalti.

Kali terakhir The Gunners berjaya menundukkan Liverpool ketika mereka menang 5-4 menerusi penentuan sepakan pe­nalti pada aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Anfield pada dua tahun lalu sebelum tewas empat kali dan seri sekali pada lima aksi kemudiannya.

“Untuk memenangi perlawanan seperti ini adalah anda perlu yakin untuk melakukannya. Jika anda tidak mampu merasai keyakinan itu, bermakna anda dalam ketakutan sekali gus tidak mungkin akan menang.

“Ketakutan adalah musuh yang paling besar terutama ketika berdepan pasukan yang besar. Kami tidak boleh mempunyai perasaan itu, kami perlu melakukannya seperti ketika menentang Tottenham Hotspur sebelum ini,” katanya.

Arteta menjelaskan bahawa beliau mahu para pemainnya mengingati semula aksi ketika mereka menentang Manchester City pada 1 Januari lalu yang dianggapnya aksi paling baik biarpun mereka tewas tipis 0-1.

“Menentang City musim lalu mempunyai dua cerita berbeza. Aksi pertama kami beraksi 70 minit dengan 10 pemain ketika ketinggalan 0-2 sebelum tewas 0-5. Kemudian di tempat sendiri kami mendahului kemudian bermain 10 orang dan tewas 1-2.

“Walaupun tewas dalam ke­dua-dua aksi, aksi di Emirates itu paling saya ingati kerana pemain percaya mereka mampu melakukannya. Saya harap semangat sama dipamer menentang Liverpool,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI