fbpx

EPL: Erik Ten Hag resah isu kecederaan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARANE (kanan) yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang City dilaporkan semakin pulih dan berkemungkinan mampu disenaraikan menentang Everton. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag kini berada dalam situasi sukar selepas tiga pemain dilaporkan belum lagi bersedia untuk memperkuatkan pasukan pada kunjungan ke Goodison Park, awal pagi esok.

Situasi sekarang bakal me­nyaksikan Ten Hag berdepan kekangan pilihan di barisan pertahanan selepas Harry ­Maguire mengalami kecederaan otot, malah kunjungan The Red Devils kali ini juga tanpa kelibat Aaron Wan-Bissaka serta pemain tengah, Donny Van De Beek.

Sedikit kelegaan buat Ten Hag adalah kemunculan semula Raphael Varane daripada kecederaan buku lali dan pastinya menaruh harapan untuk menurunkan bintang dari Perancis itu.

“Sukar untuk dikatakan. Raphael Varane menunjukkan kemajuan dan saya harap dia boleh diturunkan, namun saya fikir perlawanan itu terlalu cepat. Harry Maguire juga tidak dapat sertai pasukan, begitu juga de­ngan Aaron Wan-Bissaka dan Donny Van De Beek,” katanya.

Menjelang rehat antarabangsa bagi memberi laluan kepada Piala Dunia pertengahan bulan depan, United terpaksa mengharungi 11 perlawanan dan Ten Hag pastinya mengharapkan se­narai yang mencukupi bagi menghadapi jadual yang begitu padat,” jelasnya.

Ketika ini, The Red Devils perlu kembali bangkit dalam kempen Liga Perdana Inggeris selepas berdepan keputusan mengecewakan apabila tewas 3-6 kepada musuh setempat, Manchester City pada aksi terakhir 2 Oktober lalu.

Bagaimanapun, cita-cita itu mungkin sedikit sukar memandangkan Everton sedang berada pada prestasi terbaik, kekal rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir, malah memiliki rekod bolos paling sedikit setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI