fbpx

City akhirnya rampas tangga teratas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN memainkan peranan penting dalam kemenangan 4-0 ke atas Southampton di Stadium Etihad sebentar tadi. - AFP

MANCHESTER – Juara bertahan, Manchester City ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila membelasah Southampton 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Tiga mata di Stadium Etihad itu adalah kemenangan keenam berturut-turut dalam semua kejohanan sejak The Citizens seri 1-1 dengan Aston Villa awal bulan lalu.

Dalam aksi itu, City membuka tirai jaringan menerusi pemain pertahanan kanan, Joao Cancelo pada minit ke-20 sebelum Phil Foden menggandakan kedudukan berselang 12 minit kemudian.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu menambah gol ketiga melalui Riyad Mahrez (m-49) sebelum Erling Haaland memastikan kemenangan 4-0 pada minit ke-65.

HAALAND meledak gol peribadinya yang ke-15 dalam sembilan perlawanan EPL musim ini. – AFP

Biarpun gagal meledak hatrik buat kali keempat berturut-turut di laman sendiri tetapi ia adalah jaringan peribadinya yang ke-15 dalam sembilan perlawanan EPL musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan City melonjak ke tangga teratas buat seketika menerusi kelebihan dua mata ke atas Arsenal yang masih kekurangan satu perlawanan.

The Gunners akan kembali merampas takhta pendahulu sekiranya menang ke atas Liverpool di Stadium Emirates malam esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI