fbpx

Anugerah Perdana suntik semangat Syed Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Zainal ketika ditemui selepas majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Katanya, secara peribadi dia amat terkejut, terharu dan juga cemas apabila terpilih sebagai penerima anugerah hebat tersebut.

“Anugerah Perdana Maulidur Rasul bukan satu anugerah biasa, kita nak bayangkan mana kita dengan sikap dan akhlak Rasullulah SAW, saya memang agak tercabar.

“Tapi saya bersyukur kerana dengan adanya anugerah ini mungkin memberi semangat kepada saya untuk menjalankan kebaikan dan saya berterima kasih juga kepada ayah dan ibu dan seluruh keluarga serta sahabat yang memberi sokongan dan dorongan,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, dalam mendepani cabaran kepimpinan ketika ini, adalah wajar untuk setiap pemimpin mengikuti cara kepimpinan Rasulullah dalam mentadbir masyarakat dengan membuat kebaikan agar kesatuan ummah terus harmoni.

“Apa yang paling penting bagi saya adalah untuk mendorong anak-anak muda yang menjadi harapan negara supaya mereka bersemangat untuk berjaya di dunia dan juga akhirat, dan yang penting seharusnya ikut teladan Rasulullah SAW,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI