fbpx

Anak Elly Mazlein pula jadi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINI gambar anak kedua Elly Mazlein pasti akan mengundang perhatian netizen.

BELUM berhenti cerita Elly Mazlein yang terlalu bertenaga di pentas Gegar Vaganza, kini anaknya pula menjadi bualan ramai.

Diva pun tak pasti, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ramai pula ‘menyinggah’ dalam satu hantaran Elly yang memuat naik video anak lelakinya tanpa menunjukkan wajah.

Dalam video itu, bukan sahaja Diva, malah orang lain hanya dapat melihat senyuman si kecil itu.
Sehingga hari ini, Elly masih berpegang dengan prinsipnya untuk tidak terlalu berkongsi wajah anak-anaknya dalam media sosial.

Namun, apa yang dilakukannya itu menjadi bahan pertikaian ramai, malah masih ada mempersoalkan kewajaran menyorokkan wajah anak.

Pelbagai komen dilemparkan netizen dalam ruangan komen dan tidak kurang juga ada yang menggelar Haider Mateen seperti Bilal 2.0.

“Elly memang tidak tunjuk wajah anaknya sejak anak pertama lagi. Jadi, tidak heran pun jika wajah anak masih disorok,” komen netizen.

“Hak dia nak tunjuk atau tidak wajah anak, kenapa nak komen dan samakan seperti Bilal? Doa saja yang baik-baik,” kata seorang lagi netizen.

Diva rasa, semua orang perlu menormalisasikan trend artis tak dedah wajah anak kepada umum. Jika boleh elak perkara buruk, lakukanlah selagi boleh ya.

DIVA: Apa lagi agaknya perangai Elly yang akan dikecam malam ini. Mungkin lebih sopan berbanding daripada minggu lepas, tunggu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI