fbpx

Amaran ribut petir di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak enam negeri diberikan amaran ribut petir susulan hujan lebat serta angin kencang yang diramalkan berlaku sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa daerah di Kedah, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri berlaku di beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap dan Sik.

“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Marang dan Dungun,” katanya di sini tadi.

Selain itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak melibatkan kawasan Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Di Sabah pula, amaran ribut petir dikeluarkan bagi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” ujarnya.

Terdahulu, dilaporkan empat mukim di Baling, Kedah dilanda banjir kilat awal pagi ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan 81 keluarga terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI