fbpx

Ahli Parlimen Pas kekal sokong Ismail Sabri sebagai PM – Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Kesemua 17 Ahli Parlimen Pas menegaskan bahawa mereka kekal menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob termasuk tujuh anggota eksekutif dalam pentadbiran kerajaan.

Perkara itu disahkan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang memaklumkan semua Ahli Parlimen Pas tidak pernah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri sepanjang beliau memimpin kerajaan Malaysia.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Pas telah menarik diri daripada menyokong kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Ia berikutan tindakan 12 anggota Kabinet termasuk tiga menteri Pas yang menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian tidak bersetuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

“Sokong (Perdana Menteri). Bila kami kata tak sokong?” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI