fbpx

Agong titah rakyat, agensi berkuasa siap sedia hadapi bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (dua kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Perdana kepada Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir (tengah) pada sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. -GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah dengan mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca akan datang.

Baginda bertitah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan negara akan berhadapan dengan hujan lebat berterusan dan risiko banjir berskala besar mulai pertengahan November depan.

“Beta turut meminta agar semua agensi-agensi yang berkaitan untuk membuat persediaan yang rapi secara menyeluruh demi kemaslahatan ummah.

“Persediaan tersebut bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir, tetapi merangka satu kaedah bagi bantuan kepada mangsa banjir dapat diberikan secara terancang dan efektif,” titah baginda sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 Hijri bersamaan 2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI