fbpx

19 bayi Maulidur Rasul lahir di Hospital Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN Md. Ali mendukung seorang bayi Maulidur Rasul yang dilahirkan di Hospital Melaka. - pix/AMRAN MULUP

MELAKA – Seramai 19 bayi Maulidur Rasul telah dilahirkan di Hospital Melaka hari ini dengan kelahiran pertama pada pukul 7.05 malam semalam.

Seorang ibu, Nurul Syaza Shahirah A. Samsuddin, 26, berkata, dia amat bersyukur selepas anak keduanya lahir pada hari Maulidur Rasul.

Katanya, tarikh penuh keberkatan ini diharap dapat menjadikan anaknya membesar dengan sifat-sifat terpuji serta akhlak Nabi Muhammad.

“Saya harap anak kedua ini menjadi anak yang soleh dapat membanggakan saya dan bapanya, di samping dapat berkhidmat kepada masyarakat,” katanya selepas menerima cenderahati Bayi Qurratu A’yun di Hospital Melaka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, mengikut pecahan seramai lapan lelaki dan 11 perempuan bayi Maulidur Rasul telah dilahirkan.

Katanya, 13 daripadanya telah dilahirkan secara normal manakala enam lagi terpaksa melalui pembedahan.

“Alhamdulillah semua bayi yang dilahirkan termasuk ibu berada dalam keadaan yang baik walaupun ada terpaksa menjalani pembedahan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI