fbpx

Perjalanan pulang empat sekeluarga berakhir tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan dinaiki mereka selepas terbabas dan melanggar pokok di Seksyen 3, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Perjalanan pulang empat sekeluarga ke rumah mereka di daerah ini berakhir tragedi dengan seorang daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok di Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini, hari ini.

Mangsa yang maut merupakan seorang wanita berusia 29 tahun manakala suaminya berusia 43 tahun cedera di pinggang.

Dua anak mereka mereka termasuk bayi lelaki masing-masing berusia dua tahun dan lapan bulan hanya mengalami cedera ringan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.11 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal kesemua mangsa menaiki kereta jenis Toyota Vios terbabas sendiri sebelum melanggar sebatang pokok.

“Tiga mangsa termasuk bayi itu telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa wanita yang tersepit di bahagian depan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI