fbpx

Russia lancar dron ‘kamikaze’ sasar bandar Zaporizhzhia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bangkai dron ‘kamikaze’ buatan Iran setelah ditembak jatuh di bandar Odessa pada 25 September lalu. -AFP

KIEV – Tentera Russia terus menyerang bandar Zaporizhzhia di Ukraine semalam dengan melancarkan dron ‘kamikaze’ dan roket selama dua hari berturut-turut, menyebabkan angka korban akibat mencecah 12 orang, lapor akhbar New York Post semalam.

Gabenor wilayah Zaporizhzhia, Oleksandr Starukh menggesa penduduk untuk mendapatkan perlindungan berikutan maklumat bahawa Russian akan melancarkan beberapa gelombang serangan roket.

Starukh turut memberi amaran kepada penduduk Ukraine untuk terus berwaspada terhadap gelombang serangan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) kerana Russia kini menggunakan senjata itu untuk mengepung Zaporizhzhia.

“Penceroboh menggunakan semua senjata yang mereka miliki untuk menyerang orang awam di wilayah ini. Peluru berpandu, senjata antipesawat, artileri dan kini juga dron ‘kamikaze’. Berhati-hatilah!

“Jika anda mendengar bunyi enjin mendekati, segera berlindung dan kekal di sana sehingga tiada bahaya” tulis Starukh dalam aplikasi mesej Telegram.

Beliau turut berkongsi imej gambar rajah dron Shahed-136 buatan Iran yang ditemui oleh tentera Ukraine di medan perang sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Walaupun Teheran menafikan dakwaan ia membekalkan senjata kepada Moscow, bukti gambar bangkai dron yang diedarkan oleh Kiev menunjukkan penemuan sayap segi tiga milik dron buatan Iran.

Sama seperti dron Switchblade buatan Amerika Syarikat, Shahed direka untuk berfungsi sebagai peluru yang berlegar dengan terbang ke arah sasarannya sebelum meletup.

Beberapa penganalisis Barat berpendapat, penggunaan dron Shahed oleh Russia yang semakin meningkat menunjukkan bahawa Moscow telah kehabisan peluru meriam kerana berterusan membedil bandar-bandar di Ukraine sepanjang tujuh bulan perang berlaku.

Starukh bagaimanapun memaklumkan bahawa roket-roket Russia masih dilancarkan bersama dron mereka.

Russia dalam pada itu berulang-ulang kali menafikan dakwaan pihaknya menyasarkan orang awam atau kawasan kediaman walaupun terdapat banyak bukti yang bertentangan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI