fbpx

PHSAM lancar Audi A3 Sedan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Audi A3 Sedan.

PETALING JAYA – PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah melancarkan model Audi A3 Sedan generasi kedua semalam.

Menurut kenyataan PHSAM, model itu kini menggabungkan bahasa rekaan baharu yang lebih menyerlah dengan teknologi termaju dan menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan.

Katanya, ruang dalaman A3 Sedan direka lebih luas berbanding model terdahulu dengan menggabungkan aspek kemewahan dan teknologi terkini dengan sempurna.

“Misalnya dengan kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10 inci dan perkhidmatan ketersambungan  Audi connect plus sebagai ciri standard,” katanya.

Tambahnya, bahagian luaran direka dengan lebih maskular dan garang serta A3 Sedan menampilkan rupa serba baharu.

“Bahagian hadapan didominasi oleh Singleframe dengan gril bercorak sarang lebah (honeycomb) yang diserlahkan bersama sepasang lampu utama.

“Garis badan A3 Sedan diteruskan hingga ke bampar belakang yang membuatkannya kelihatan lebih panjang dan memberikan bahagian belakangnya gayaan yang elegan,” tambahnya.

Model itu ditawarkan pada harga bermula RM331,990.00 dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun serta jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Tempahan Audi A3 Sedan boleh dibuat di semua Audi Centres di Setia Alam, Glenmarie dan Juru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI