fbpx

Penyegaran Sang Dewi Lyodra Ginting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANG Dewi versi Lyodra diberikan suntikan baharu oleh Andi dengan meletakkan susunan muzik pop yang kedengaran klasik.

BUAT khalayak yang lahir sekitar era 1990-an dan membesar dengan muzik pada zaman itu, (khusus peminat muzik Indonesia), pasti pernah mendengar sebuah lagu popular berjudul Sang Dewi.

Dinyanyikan oleh Diva Indonesia iaitu Titi DJ, lagu berkenaan awalnya dilancarkan pada 2001.

Memiliki jenis muzik berat dengan garapan bunyi piano, biola dan dram berpadu dengan lirik mendalam, Sang Dewi diibaratkan peminat sebagai lagu ‘legenda’ yang cukup agung.

Lagu tersebut sebenarnya mengangkat tema cinta, semangat dan kepercayaan.

Paling penting, penekanan mesej tentang sikap jangan pernah berserah dengan apa keadaan sekali pun, meski ada kekurangan, seperti pada lirik berbunyi ‘walaupun dirimu tak bersayap, ku akan percaya kau mampu terbang bawa diriku tanpa takut dan ragu.’

Menariknya, tahun ini sekitar Ogos lalu, Sang Dewi dirakam semula oleh penyanyi muda berbakat besar juga dari seberang, Lyodra Ginting bersama komposer asalnya, Andi Rianto.

PEMILIHAN Lyodra menyanyikan semula Sang Dewi disifatkan Andi Rianto sebagai sangat tepat, sementelah Lyodra memiliki karakter vokal yang cukup hebat.

‘Renovasi’

Jika melihat keseluruhan lagu versi Lyodra, jelas kelihatan tak ada banyak beza dari segi penyampaian, malah templat muziknya juga hampir keseluruhannya dikekalkan.

Cuma, kalau sudah namanya versi baharu, pasti ada pembaharuan yang diolah. Menerusi versi Titi DJ, intro muzik kedengaran pilu dan meruntun, sedangkan nyanyian Lyodra pula berbunyi sangat gah dengan introduksi geseken violin dan piano oleh Andi.

Ketika suara Lyodra mula memainkan peranan, jiwa meruntun Titi DJ dirasakan meresap ke jiwa penyanyi itu menerusi versi yang lebih mendalam.

Bahagian ‘break’ versi Lyodra dimewahkan dengan bunyi muzik gah disulami suara penyanyi latar yang memberatkan lagi lagu berkenaan.

Begitu juga pada bahagian klimaks yang menonjolkan keampuhan vokal Lyodra dengan nada tinggi, diselang-seli dengan muzik dan suara penyanyi latar membuatkan Sang Dewi kedengaran seperti sebuah persembahan orkestra.

Itulah elemen yang menjadikan Sang Dewi versi Lyodra sebagai satu bentuk muzik yang benar-benar memberikan penekanan terhadap aspek ‘penyegaran’.

Lyodra dan Andi melakukan proses ‘renovasi’ cemerlang dengan memasukkan elemen baharu tanpa mengurangi keaslian Sang Dewi versi Titi DJ tetapi menjadikannya jauh lebih baik.

Sejak dua bulan dilancarkan, Sang Dewi mencipta trending dalam media sosial dan carta lagu di Indonesia.

Video muzik lagu berkenaan mencatat jumlah tontonan lebih 29 juta dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI