fbpx

Liga Super: Kedah hampa di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAYADH (tengah) beraksi cemerlang buat Kedah biarpun akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 kepada Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman sebentar tadi. - KDA FC

KUALA LUMPUR – Dua gol yang dilepaskan hasil kesilapan sendiri terpaksa dibayar dengan harga cukup mahal oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila kecundang 3-4 di tangan Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Penjaga gol Kedah, Mohd. Shahril Sa’ari dua kali hilang fokus dan pastinya menjadi individu paling terkesan kerana dua gol yang dilepaskan itu menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan sekali gus membenarkan tuan rumah meraikan kemenangan di gelanggang sendiri.

Aksi bermula agak seimbang, namun sikap tidak tamak yang dipamerkan Yaser Pinto membuahkan hasil apabila umpanan dilakukannya pada minit ke-25 berjaya disudahkan dengan baik oleh Matheus Alves.

Bagaimanapun, ketika aksi berada dalam masa tambahan, percaturan pengendali pelawat, Aidil Sharin Sahak untuk menyenaraikan Fayadh Zulkifli dalam kesebelasan utama sekali lagi membuahkan hasil apabila pemain bertubuh kecil itu bijak melakukan lorongan menarik di celah-celah pemain lawan sebelum disempurnakan oleh Mahmoud Al-Mardi.

AL-MEIDA meledak dua gol buat Negeri Sembilan dalam kemenangan berharga ke atas Kedah pada aksi Liga Super sebentar tadi. – TWITTER MFL

Tuan rumah menyambung babak kedua dengan lebih cemerlang apabila berjaya menambah dua lagi gol dalam tempoh 20 minit menerusi Gustavo Almeida pada minit ke-58 dan Sean Selvaraj, minit ke-65.

Ketika salah faham dengan Rodney Celvin menghadiahkan gol kedua Negeri Sembilan, Mohd. Shahril terus dipalit kesilapan dan kali ini kegagalannya menangkap bola dengan lebih kemas pada minit ke-70 membuka peluang buat Almeida menambah jaringan keempat tuan rumah.

Kedah mula menunjukkan kebangkitan dengan memperoleh dua gol menerusi Dechmitr Sanrawat pada minit ke-82 dan Marcos Vales (m-90), namun ia sudah terlambat apabila tiga mata menjadi milik Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI