fbpx

Lelaki terkejut tambang Uber RM182,332

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaplan terkejut apabila dikenakan caj berlebihan setelah menaiki Uber selama 15 minit. – Oliver Kaplan/SWNS

LONDON – Seorang lelaki Britain yang menempah perkhidmatan Uber ketika mabuk terkejut apabila dikenakan caj AS$39,317 (RM182,332) pada kad debitnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Oliver Kaplan, 22, baru-baru ini menempah kereta menerusi sebuah aplikasi perkongsian perjalanan selepas menamatkan syifnya di hotel Buxton Inn di Manchester, England.

Kaplan yang bekerja sebagai cef merancang untuk bertemu rakan-rakannya di Witchwood iaitu sebuah pub yang terletak sejauh 6.5 kilometer dari hotel itu.

“Saya memesan Uber seperti yang dilakukan pada kebanyakan malam lain selepas pulang dari kerja dan semuanya kelihatan normal,” kata Kaplan kepada agensi berita South West News Service.

Dia mendakwa harga yang ditawarkan pada aplikasi tersebut adalah antara AS$11 (RM51) dan AS$12 (RM55), jadi dia menerimanya dengan gembira.

“Pemandu tiba, saya menaiki teksi uber dan dia membawa saya ke tempat sepatutnya dituju. Perjalanan itu mengambil masa selama 15 minit.

“Apabila saya bangun dari tidur pada keesokan hari, perkara terakhir yang dijangka adalah dikenakan caj sehingga AS$39,317 (RM182,332),” katanya.

 Dia segera menghubungi bahagian khidmat pelanggan Uber melalui aplikasi itu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

“Ia mengatakan bayaran itu tidak boleh diambil kerana saya tidak mempunyai jumlah yang mencukupi,” jelasnya.

Kakitangan Uber memaklumkan bahawa lokasi yang dituju Kaplan ditukar kepada Australia. Tidak dijelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pertukaran tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI